Saturday 3 August 2013

Usrah??? Erkk...

Salam semua. Topik kali ini, Diba ingin menulis tentang usrah. 

Erkkk, USRAH??? Gulllpppppp.......

Allergikah antunna bila mendengar perkataan usrah? 

 A-Jom kita pergi usrah !!!
 B-Erm, takpelah. Orang-orang yang pakai tudung labuh je yang pergi usrah.
C- Haah, takpelah A. Orang-orang yang baik je yang pergi usrah. Kita ni x layak pun.
D- Usrah tu hanya untuk orang-orang alim je. Takpelah A. Kami ada hal sikit. Sorry, x dapat join yer.

Adakah anda berfikiran sebegitu juga?
Ataupun adakah anda pun tergolong dalam kelompok orang-orang yang sebegitu?

Jikalau YA jawapannya, lebih baik anda fikirkan semula.

Sebenarnya USRAH itu sendiri membawa erti keluarga. Apabila ada orang yang mengajak antunna pergi usrah, itu bermaksud si dia mengajak antunna semua untuk menziarah dan melawat keluarga anda sendiri. Siapa keluarga antunna itu? Ya, sudah semestinya bapa, emak, abang dan adik-adik kitakan.

Bapa aku ke? Mak aku ke? Taupun adik aku ke?
Orang-orang yang dimaksudkan itu ialah bapa naqibah, emak naqibah, dan kakak adik kita. Kita buat usrah bukan sekadar bertanyakan khabar tetapi kita juga ada buat sharing-sharing tau. Seronok sangat sebenarnya apabila kita sudah berada di dalam bulatan gembira. Antunna kena cuba dahulu untuk duduk dalam bulatan gembira ini. Barulah tahu rasanya. 

1. First pergi usrah ni. OK, first and foremost, ikhlaskan hati. 
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku pergi usrah ni niat keranaMu. Berkatilah apa yang aku buat ini."

2. Bila dah sampai ke destinasi usrah.
"Pergghhh, ramai gilerr orang yang pakai tudung labuh ni. Nak patah baliklah. Malunyer. Aku dah laa pakai tudung pendek dan seluar jeans jer."

"Eh,  jap. Tunggu dulu. Aku datang sini kerana Allah dan nak tuntut ilmu. Takpelah, beranikan diri.

3. Sesi taaruf bermula.
Assalamualaikum. Erm, nama saya..... Umur saya...Saya berasal dari...."Eh, seronok pula dapat berkenalan dengan ramai orang ni. Berlainan latar belakang pulak tu. hehe boleh laa tambah list friend kat FB and Twitter ni."

4. Sharing-sharing
OK. Alhamdulillah, kita telah dipilih Allah swt untuk berada di dalam bulatan gembira ini. Jangan rasa menyesal kerana Allah yang telah mengatur segalanya. Inilah takdir hidup kita. Jadi, ikhlaskan hati antunna semua yer. (Sesi sharing bermula.) "Pernah x sebelum ni antunna semua......?"( - Lepas ni jangan lupa bawa tafsir yer dik.)( - Baik kak. =)

5. Bila dah habis.
Bersalam-salaman antara satu sama lain. Perghh, x pernah rasa seseronok macam ni. Rasa macam banyak glerr yang aku dapat pada hari ni. Erm, nak kongsi laa dengan kawan-kawan yang lain bila balik bilik nanti.

6. Esok/ lusa/ tulat/ minggu depan
( - Kita ada usrah ni. JOM.) ( - Ok kak. Beresss. Bila tu???) (- Minggu depan hari Selasa pukul 5.00. Haa, lagi satu jangan lupa bawak tafsir tau.) (Baik kak. Jangan risau. Saya dah beli tafsir dari minggu lepas lagi. Tak sabar nak gunakannya. hehe) (- Alhamdulillah. Bagus lau macam tu. Kita jumpa minggu depan yer dik.)

51 : 56
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Saat kali pertama membaca ayat tersebut, hati ini tersentap sesangat. Kenapa? Sebelum ini tak pernah sedar pun bahawa kita diciptakan oleh Allah hanya untuk beribadah. Dan sebelum ini juga menganggap bahawa kita hidup untuk beberapa tahun dan kemudian akan mati macam tu jer. Padahal,...???

Kita hidup ini ada misi yang perlu dijalankan. Kita hidup ini pun ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Apa dia?

Tanggungjawab sebagai khalifah dan abid.

Sebelum join usrah, hidup ini penuh dengan khayalan, mainan dan juga hiburan. Tetapi setelah join usrah, rasa hidup ini terisi dan penuh manfaat. Tiada yang sia-sia. Sebelum ini juga rasa jahil yang amat-amat sangat, tetapi sekarang Alhamdulillah, ada ilmu itu. 

Sekarang ini pun dah sedar, kita hidup hanya sementara. Jadi, banyak lagi yang perlu dilakukan sebagai hamba Allah. Bila dah join usrah, rasa bermanfaat sangat. Walaupun masa terhad sangat tetapi tetap pergi juga. Kerana apa? Allah yang telah menggerakkan hati kita untuk pergi. Allah yang memegang hati-hati ini. Alhamdulillah. =)

Last but not least, pabila dah join usrah, jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain yer. Seronok sangat bila dah berusrah ni. Tak cuba tak tahu.


* USRAH NI AWESOME GLERR. Cuba laa. =)



No comments:

Post a Comment