Monday 21 May 2012

Berazamkah Anda ???

Salam kepada semua...

Topik kali ini berkisar tentang azam. Sebelum itu saya ingin bertanya, "Berazamkah anda?"...

Setiap orang mempunyai azam yang tersendiri. Begitu juga dengan Diba. Diba juga mempunyai azam yang ingin dikecapi tetapi masih di dalam proses.

Keazaman perlu ada pada diri setiap individu. Mengapa??? Hal ini kerana melalui azamlah, kita dapat menjadi apa yang ingin kita jadi. 

Cuba anda bayangkan, andai kata kita tiada langsung azam :

Siapakah kita pada masa hadapan?
Apa kejayaan yang telah kita kecapi?
Bagaimana keadaan kita pada masa hadapan?

Azam merupakan suatu lonjakan buat kita untuk mengecapi apa yang kita inginkan. Tetapi, ingatlah bahawa azam perlu diikuti sekali dengan tindakan dan juga usaha. Tanpa kedua-dua itu, segala yang kita inginkan tidak akan tercapai. Apabila kita mempunyai azam, secara tidak langsung kita boleh nampak haluan kita pada masa hadapan. Malah kita boleh meneka sama ada kita akan berjaya ataupun tidak. Siapa kita pada masa akan datang adalah kita pada hari ini. Maksud Diba adalah semuanya bermula daripada sekarang. Titik permulaan itu bermula daripada sekarang. Jikalau kita hanya berazam tanpa adanya tindakan dan usaha, kita sudah boleh meneka siapa kita pada masa akan datang.

Hidup ini hanya sekali. Jadi, jangan sesekali kita mensia-siakan peluang yang kita ada. Rebutlah setiap peluang yang ada di depan mata agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Isilah kehidupan kita dengan setiap perkara yang bermanfaat dan jangan sesekali tinggalkan ruang yang kosong. Penuhilah ruang itu dengan warna-warni agar sedap mata memandang.

Akhir kata :

"ANJAKKAN PARADIGMA ANDA"



Ikhlas daripada : Adibah Farina

Thursday 17 May 2012

Anda Jatuh Cinta???

Salam kepada semua...

Tajuk kali ini sangat menarik. Pernahkah anda jatuh cinta? 

Mesti seronokkan saat kita jatuh cinta. Setiap masa mesti kita asyik terfikirkan si dia. 
ERM,,,Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, buat kerja tak fokus.....

Pada pendapat Diba, tiada istilah bercinta sebelum nikah. Hal ini kerana cinta tersebut tidak akan diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

TETAPI...
Bagaimana jikalau kita jatuh cinta juga sebelum nikah???

Tidak salah sebenarnya untuk kita jatuh cinta. Malah, sudah menjadi fitrah kejadian manusia bahawa lelaki akan terpikat pada perempuan manakala perempuan akan terpikat pada lelaki. Lelaki dan perempuan saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Betul tak???

Andai kata kita jatuh cinta pada seseorang, adalah lebih baik jikalau kita menyimpan dan memendam perasaan tersebut. Mengapa??? Kerana ianya suatu JIHAD buat kita semua.

Hati dan perasaan perlulah sentiasa dijaga agar tidak mudah tersasar dan sentiasa berada di laluan yang betul. Apabila kita tidak menjaganya dengan baik, secara tidak langsung kita boleh bertindak di luar kawalan. Kerana itulah kita perlu senantiasa tingkatkan iman. Apabila iman terjaga, insyaAllah segalanya juga akan turut terjaga.

Ingatlah bahawa Allah swt lebih tahu apa yang TERBAIK untuk hamba-hambanya. Dengan itu, kita perlu sentiasa beringat, "Jikalau ada jodoh tidak akan ke mana." Yakinlah dengan Qada' Qadar Allah. Sebaik sahaja kita menunaikan solat, berdoalah agar Allah memberikan JODOH YANG TERBAIK buat diri kita. InsyaAllah, jikalau kita ada jodoh dengan si dia, kita akan disatukan. Jikalau tiada jodoh, ingatlah ada orang yang lebih baik daripada si dia. 

Sebaik sahaja si dia menjadi teman hidup kita, ungkapkanlah perasaan Cinta itu agar hubungan akan menjadi lebih rapat dan intim. InsyaAllah...Yakinlah....

CINTA SELEPAS NIKAH ! ! !

CINTA SELEPAS NIKAH adalah cinta yang diberkati dan dirahmati Allah swt.

Ikhlas dari hati
AdiBaH FaRiNa

Kisah Hidup !!!

Assalamualaikum semua !!!
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...Amiin

Alhamdulillah, di pagi yang mulia ini Diba ingin mengupas tajuk tentang kisah hidup manusia.
Adakah setiap manusia itu mempunyai kisah hidup yang sama???
Semestinya TIDAK kan....

Jikalau anda perhatikan betul-betul, setiap manusia itu mempunyai kisah hidupnya yang berlainan dan tidak sama dengan orang lain. Apa yang telah tertulis untuk kita, hanya Allah swt sahaja yang tahu. 
Sebagai hamba Allah, kita semua perlu redha dengan takdir yang telah ditetapkan malah juga dengan Qada' QadarNya. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa hadapan. Kerana itulah kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segalanya. Walaupun kita tidak membuat sebarang persediaan, sekurang-kurangnya kita perlu redha dengan apa yang telah terjadi.

Setiap manusia ingin mengecapi kebahagiaan dalam hidup masing-masing. Adakah sinopsis kisah hidup anda akan sama dengan orang lain??? Oh, tidak... 

Apabila seseorang individu mempunyai sinopsis kisah hidup yang sangat menarik dan menyeronokkan, orang lain juga mengimpikan kisah hidup yang sama. Malangnya, kita semua perlu sedar bahawa kisah hidup kita ini tidak akan sama. Sebagai contoh, saya telah mengikuti kisah hidup tentang Dina Bahrin. Bagi saya apa yang telah tertulis untuknya adalah sangat menarik dan saya sangat kagum akan dia. Seorang anak yang sangat taat dan patuh akan perkahwinan yang telah diatur oleh ibu bapanya sendiri di saat dia masih muda dan mentah lagi. Banyak lagi yang perlu dia pelajari. Sebaik sahaja dia melangsungkan perkahwinan, saya dapat perhatikan hidup Dina semakin bahagia. Malah, saya pasti semua orang mengimpikan perkara yang sama dengan Dina. Adakah kita akan dapat mengecapinya????



Anda renung-renungkanlah ...
Akhir kata, sentiasalah redha akan ketentuan Illahi. InsyaAllah, kita boleh menghadapi segalanya jikalau kita sentiasa mengingati Allah.....