Friday 8 May 2015

Praktikum Fasa 1



PRAKTIKUM FASA 1

SJK(C) FOON YEW 5

"Pengalaman itu tidal dapat dijual beli".
Benarlah kata orang, pengalaman itu tidak dapat dijual beli. Tetapi pengalaman itu perlu dirasai dan dialami sendiri. Pengalaman Praktikum fasa 1 telah banyak mengajarku tentang dunia mengajar sebenarnya. Bukan mudah ingin menjadi seorang guru. Hal ini kerana banyak perkara yang perlu kita fikir dalam usaha untuk menyampaikan ilmu dan pada masa yang sama ingin membina anak bangsa.
 
 
 Aisha, pasangan praktikumku.

 Tanpa dia, tak sampai sekolah laa citer dia.

Aisha seorang yang mudah memahami aku. 
Walaupun diriku ini banyak kelemahan dan kekurangan dia masih bisa bersabar dengan kerenahku ini. Jikalau kami berdua tidak sependapat ataupun bergaduh, cara yang terbaik adalah dengan berdiam diri sahaja. Itulah gayanya bila kami berdua bergaduh. Biarkan ianya berlalu dan kemudian kami berdua akan bersuara semula. Hahaha... Sangatlah mudah. Tidak perlu bercakaran dan bertengkar kerana tempoh bersama adalah lama. Macam mana kita nak hadapi muka yang sama pada setiap hari jikalau kita tidak mempunyai hubungan yang baik dengan seseorang. Jadi, sebelum berbuat sesuatu fikirlah 10 kali kedepan agar kita tidak melakukan kesilapan. Ini demi kebaikan bersama. Dah besarkan, kenalah jadi matang.


Belajar daripada kesilapan.
Ku akui banyak sangat kesilapan yang telah dilakukan sepanjang sebulan ku berada di SJK(C) FOON YEW 5 ini. Ya, manusia memang tidak sempurna. Manusia belajar daripada kesilapan dan melalui kesilapan tersebutlah membentuk kesempurnaan tersebut.
 
Dalam usaha memenangi hati anak muridku, banyaklah cara dan kaedah yang telah digunakan. Aku sentiasa risau jika pengajaran ku tidak seronok. Sudah banyak kali objektif pengajaran tidak tercapai. Dan tidak pernah pun sampai ke penghujungnya dek kerana pengurusan masa yang sangat teruk. Tetapi aku tetap berusaha. Inilah muka-muka anak muridku di hari terakhir praktikumku di sini.

4F The Best !!!
 Muka dan pelajar yang sama.
 
Tidak kira bangsa maupun agama, mereka madu ku juga.

Hari terakhir praktikum bersama 4F.


Kawan Baru
Brian, 18 tahun - Cikgu Ganti

Tersangatlah comel. Di hari terakhir, Brian memberi kami air Tinge perisa lemon. Hahaha... Terharu. Dialah adik kami di sepanjang berada di sekolah ini. Tak tahu, dia banyak membantu kami. Dia juga seorang yang sangat baik hati. Bila jumpa sahaja, dia akan panggil, "Kak Dibah, Kak Aisha"...

Air Tinge pemberian Brian

Akhir kata, semoga praktikum ini memberi inspirasi untuk aku memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan. Malah, menambahkan kefahamanku juga sebagai seorang hamba Allah. Dalam usaha menyampaikan ilmu, kefahaman juga perlu diserapkan. Itulah matlamatnya.

2:30
51:56
47:7
61:4

Salam Pengalaman =)
 




No comments:

Post a Comment