Saturday, 18 January 2014

Ukhwah Takkan Goyah !!!

Assalamualaikum,... =)

Sekian lama tidak berkarya, rindu plak rasanya. Topik kali ini Diba ingin menyentuh tentang UKHWAH.

Mari kita tengok konsep ukhwah dalam konteks Usrah. Apa yang dimaksudkan dengan usrah?
Usrah sebenarnya didefinisikan sebagai keluarga. Masih ingat lagi rukun usrah??? 

1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful

Dalam usrah, kita diajar untuk bertegur sapa, saling mengenali, memahami, membantu dan juga mengeratkan silaturrahim. Bila mana anda telah berada di jalan ini, kemanisannya sangat-sangat dapat dirasai. Mengapa? Kerana ukhwah telah terjalin dan rasa berkasih sayang pun dapat disemai. Anda akan rasa sayang sangat-sangat pada usrahmates anda sendiri. Wow, terasa manisnya ukhwah nikan.

Akan tetapi?

Anda juga boleh terasa hati dan juga rasa tersinggung dengan usrahmates sendiri. Mengapa? Terdapat banyak sebab yang boleh dikenalpasti. Antaranya ialah:

1. Cemburu - Rasa itu akan muncul bila mana kawan yang anda sayang sangat-sangat itu rapat dengan orang lain. 

2. Terasa hati - Bila keluar makan taupun jalan-jalan, dia tidak mengajak anda sekali. Rasa dipulaukan sangat-sangat.

3. Tersinggung - Bila mana kawan anda menyakitkan hati anda. Ataupun dia tidak menegur anda dan menarik muka bila berjumpa.

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

Langkah 1 - Banyakkan berfikir 
Cuba anda mengambil masa untuk berfikir dan muhasabah diri semula. Apakah kesalahan yang anda telah lakukan pada dia? Adakah anda telah sakitkan hati dia sehinggakan dia bertindak sedemikian? 

Langkah ke 2 - Berterus terang
Di dalam usrah, kita sendiri telah diajar untuk curhat (curahan hati) taupun qodoya. Luahkan apa yang terpendam di dalam hati anda. Tanya apa kesalahan anda pada dia. Mengapa dia bertindak sedemikian. Berterus-teranglah dengan dia. Ambil langkah yang bijak dan selesaikannya secara baik. Semoga dipermudahkan.

Langkah ke 3 - Berlapang dada
Jikalau dia tidak mahu meluahkan apa sebabnya dia bertindak sedemikian, ambil langkah seterusnya iaitu berlapang dada. Seringkalilah bertolak ansur dan beralah dengan si dia. Renung dan tengok muka dia selalu. Cakap pada diri sendiri, apalah salah dia pada aku? Dia tu baik sangat. 
Maafkan dia selalu dan sayanglah pada dia kerana Allah swt. Anda pasti boleh melakukannya.

KESIMPULAN
Mengapa masalah ini boleh terjadi?

Hal ini kerana anda terlalu relaks sangat. Bukankah masalah utama yang perlu difikirkan adalah masalah UMMAT dan bukannya masalah remeh seperti ini. Banyak-banyakkanlah muhasabah diri. Jangan jadikan perkara yang kecil dan remeh itu sebagai masalah yang besar bagi anda. 

Kemudian, anda sendiri yang terlalu mengikut perasaan. Betul tak???
Ditambah lagi dengan hasutan syaitan. Syaitan tidak suka tengok kita berukhwah. Jadi, dia akan menghasut kita dengan bermacam-macam andaian dan tanggapan. Atasi masalah ini dengan segera. 
Akhir kata, jadilah orang yang bermanfaat bagi orang lain. Selamat Beramal antunna semua.

Manisnya UKHWAH ni.. !!!



Hudayfian fillah abadan abada !!!


Ukhwah kami takkan goyah.. =)


AL-BURUJ - Together forever

* ITSAR merupakan peringkat paling tertinggi dalam ukhwah manakala HUSNUZON merupakan peringkat paling terendah. =)