Monday, 5 August 2013

Syawal is coming, Ramadhan is gone.

Salam semua. 

Syawal bakal tiba, Ramadhan bakal pergi.

Adakah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir bagi kita? 
Sudah banyakkah amalan yang kita lakukan?
Ataupun banyak perkara yang telah kita sia-siakan?
Berusahakah kita untuk membuat amalan di saat2 Ramadhan terakhir ini?
Ataupun kita tengah berseronok membuat persiapan untuk Syawal yang bakal tiba ini?

Cuba anda semua fikirkan semula. Berapa ramaikah yang menangis akan pemergian Ramadhan 2013 ini? Ramadhan hanya datang sekali setahun sahaja. Kita tidak akan pernah tahu sama ada kita masih lagi boleh merasa Ramadhan pada tahun akan datang ataupun tidak. 

Jadi, sudah banyakkah amalan yang telah kita lakukan?
- Tidak pernah tinggal solat tarawih berjemaah
- Solat rawatib
- Bertilawah dan bertadarus
- Qiamullail
- Selawat 

ATAUPUN...

Adakah kita sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal?
- Membuat kuih dan kerepek raya
- Menjahit dan memasang langsir baru
- Membeli baju raya di shopping complex
- Menyusun perabot2 yang baru dibeli
- Mengemas halaman rumah
- Mengeluarkan pinggan2 baru dan cantik daripada almari



Walaupun Syawal bakal tiba, janganlah anda tinggalkan sama sekali Ramadhan yang bakal pergi ini. Rebutlah peluang untuk membuat amal ibadah selagi hayat masih dikandung badan. Mana tahu ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita. Bersederhanalah dalam menyambut Syawal yang bakal tiba ini. 

Peringatan buat anda semua.
Dalam kita berseronok, jangan sesekali melupakan saudara-saudara Islam kita di luar sana. Dan elakkanlah segala macam pembaziran. Kita ini hidup penuh dengan kesenangan dan keamanan. Jadi, fikirkanlah mereka yang sedang hidup dalam kemiskinan dan ketakutan. SYUKUR menjadi keutamaan kerana kita ini hamba Allah. 
Last but not least, senantiasalah bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan. 
ALHAMDULILLAH...

1 comment:

  1. wow... Hello.I'm Alina from Korea..I like this blog. It's awesome. I can't imagine it how you decorate all this.. Whatever I'm gonna said "Daeba" and Basyah!!!!! Good job Gurlzzzzzzzzzz.Please. enjoy my website "alina_syarina@yahoo.com. I'm will be your hot fans during this winter...

    ReplyDelete