Saturday, 21 July 2012

The Twilight Of Love ...

Assalamualaikum antum semua...Sudah lama Diba tidak berkarya, betul tak???
In sya Allah, kali ini Diba ada cerita yang lebih menarik punya.

"THE TWILIGHT OF LOVE"
by
Ustazah Fatimah Syarha

Pada 13 Julai yang lalu, institut saya telah mengadakan ceramah berkisar tentang cinta yang sejati. Anda tahu siapa penceramahnya??? Tidak lain dan tidak bukan penulis novel Islami iaitu Ustazah Fatimah Syarha bersama suaminya Dr. Farhan Hadi. Tajuk ceramah pada malam tersebut ialah "THE TWILGHT OF LOVE". Buat penegtahuan anda semua, antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah novel "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul", "Syabab:Musafir Kasih", dan yang terkini ialah "Cinta High Class".

Penulis merupakan seorang yang lemah lembut. Semasa beliau menyampaikan ceramah, semua pelajar mendengar dengan penuh perhatian kerana intipati yang disampaikan berkait rapat dengan kehidupan pelajar sendiri iaitu tentang CINTA. Kata beliau, cinta yang sejati ialah cinta selepas nikah dan bersandarkan pada iman. Cinta sebelum nikah merupakan cinta palsu dan hanya bersandarkan kepada nafsu semata-mata. Cinta sebegitu hanya sia-sia sahaja kerana tidak diberkati oleh Allah swt. Justeru itu, kita mesti bijak dalam mengawal perasaan cinta ini. Syaitan dan nafsu senantiasa menggoda dan menyuruh kita melakukan kejahatan. Apabila telah berjaya, barulah syaitan bertepuk tangan tanda kegembiraan. 

Sebagai seorang muslim, kita mestilah mujahadah dalam mengawal nafsu. Memang tidak dinafikan bahawa nafsu itu amatlah sukar untuk dikawal. Tetapi, jikalau kita menginginkan jalan ke akhirat, kita perlulah istiqamah dalam bermujahadah melawan nafsu. 

Ingatlah bahawa CINTA YANG SEJATI merupakan cinta selepas nikah yang sentiasa akan diredhai dan diberkati oleh Allah swt. Saya yakin anda semua boleh bersabar dan istiqamah dalam melawan nafsu.

Sebaik sahaja ceramah selesai ramai pelajar berpusu-pusu untuk bersalaman dan bergambar dengan Ustazah Fatimah Syarha. Saya pun tidak ketinggalan untuk merebut peluang tersebut. Malangnya, tiada rezeki saya. Saya kecewa pada awalnya, tetapi saya redha.

Tidak saya sangkakan yang saya akan dapat bersalaman dan bergambar dengan ustazah akhirnya. Memang rezeki saya pada malam tersebut. Saya sempat lagi mengambil tanda tangan ustazah. 
Betapa gembiranya hati ini. 



Akhir sekali, kehidupan sebagai seorang remaja memang penuh dengan pancaroba. Kite hendaklah bijak dalam membuat sesuatu tindakan dan bijak mengawal emosi. Jikalau kita tersilap langkah, menyesal tiada berkesudahan. Akhir kata, jadilah seorang muslim yang sejati dari semua aspek. Amiin.

Anda Stress ???


Bacalah doa ini selalu jikalau anda tertekan. In sya Allah, tekanan anda akan berkurang....