Saturday 3 August 2013

Ini Super Kool !!! Awesome

Assalamualaikum antunna semua. 

Sudah sekian lama Diba x update blog ini, akhirnya Alhamdulillah berjaya jugak. Topik kali ini, Diba ingin mengatakan tentang ISK. Tahu x ISK itu apa? Jeng, jeng, jeng.....

ISK stands for Ini Sejarah Kita. 
Pernah dapat ISK???

ISK ini awesome gilerr....huhu

Pengalaman pertama Diba dan rakan-rakan seusrah diberi amanah dan tanggungjawab oleh para naqibah untuk menganjurkan ISK kami sendiri. Huhu Terkejut dan takut pabila diberitahu. Sebelum ini, kami sendiri yang mendapat ISK tetapi kali ini kami sendiri yang perlu memberi ISK. Ini bukan suatu perkara yang mudah dan tak boleh dibawa main-main tetapi suatu amanah.

Sejujurnya tidak mudah bagi kami. Tetapi atas kekuatan yang diberikan Allah swt dan juga doa daripada naqibah kami sendiri, akhirnya kami berjaya juga. Walaupun tidak ramai manapun peserta yang datang, yang paling penting amanah dan tanggungjawab telah dilaksanakan. Alhamdulillah. Ini baru kali pertama dan In Sya Allah, ada kali kedua, ketiga dan seterusnya. Doakan.

Bergambar bersama. Ukhwah kita terjalin kerana Allah swt.  =)

Ingatlah bahawa Allah tidak pernah pandang pada hasil, tetapi Allah pandang pada usaha. 

Itulah yang menguatkan hati kami sepanjang ISK berlangsung. Alhamdulillah sekali lagi. 

No comments:

Post a Comment