Saturday, 3 August 2013

ALLAH IS NEAR by Nouman Ali Khan

Assalamualaikum.
Some sharing with you all.

Allah is near - Nouman Ali Khan

2 : 186
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.

Dalam ayat ini, Allah mengajar Nabi Muhammad saw bagaimana hendak menjawab soalan apabila terdapat hamba yang datang bertanyakan tentangNya. Jawapan yang perlu diberi ialah, "Allah sentiasa bersama dan berdekatan dengan kamu."

Allah sangat menanti-nantikan panggilan daripada kita dan berasa seronok pabila ada hamba-hamba yang bertanyakan tentangNya dan berdoa kepadaNya. 

Setiap kali kita berdoa, Allah akan sentiasa memberi respon dan tindak balas kepada setiap hambaNya. 

Jangan sekadar menghafal dan membaca doa tetapi yang paling penting ialah semasa berdoa, kita faham maksudnya, merintih, dan bersungguh-sungguh bercakap dengan Allah. Tidak kiralah apa jenis bahasa yang digunakan, Allah sentiasa mendengar rintihan dan doa setiap hamba-hambaNya.

Dengan segera, Allah akan memberi respon kepada kita tidak kiralah kita ini siapa pun.
" Allah will respond to the call of the caller. Anybody can call Him." 

Contoh, CEO perlu berinteraksi dan mempunyai banyak urusan dengan pelbagai jenis orang dalam satu masa. Situasinya agak sibuk dan tidak semua orang dapat dilayan. Tetapi, Allah sangat berbeza kerana setiap masa Allah dapat meluangkan masa dengan hamba-hambaNya tidak kira siapa dan bila-bila masa pun. Allah itu sentiasa ada. 

Sempena bulan Ramadhan ini, rebutlah peluang untuk memohon apa sahaja kepada Allah. In sya Allah, akan dimakbulkan. Mintalah apa sahaja. Tetapi.???

Kita sebagai hambaNya pun perlu cuba untuk memberi respon kepada Allah. Kerana apa? Allah ingin melihat usaha kita. Adakah kita bersungguh-sungguh dalam berdoa? Adakah kita yakin akan Allah dan percaya kepadaNya. Jikalau permohonan kita masih tidak dimakbulkan lagi, di situ iman kita diuji. Adakah kita masih yakin akan Allah? Adakah kita masih akan terus berdoa? Ataupun kita ini sudah berputus asa?

Allah berkata, "Hanya yakin dan percayalah kepada Aku."

Akhir sekali, kepada sesiapa yang betul-betul yakin dan percaya kepada Allah, sentiasa berdoa kepada Allah, mereka itulah orang-orang yang akan mendapat kebenaran.

Kuncinya ialah DOA.

Apabila kita berdoa, bermaksud kita sedang bercakap, berkomunikasi dan berinteraksi dengan Allah. Interaksi 2 hala sedang berlaku. Jadi, banyakkanlah berdoa di dalam bulan Ramadhan ini. Allah sentiasa menantikan panggilan kita.

Sekian sahaja. Jikalau ada kekurangan, maafkanlah yer. 

P/S : Jikalau ada tambahan, silakan. Sangat dihargai.


No comments:

Post a Comment