Saturday 18 October 2014

Dunia Penat, Akhirat Rehat ...

 Assalamualaikum !!!

Alhamdulillah. Diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan hidup di dunia yang fana ini walaupun masih digelumang dosa. Sejak akhir-akhir ini, diri ini asyik mengalirkan air mata dek kerana tarbiyyah yang datang bertubi-tubi. Ku akui memang perit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang sebenar. Jalan yang ku pilih bukanlah jalan yang didamparkan dengan karpet merah bahkan jalan yang penuh duri di jalanan.

Fasa yang seterusnya lebih mencabar kerana pengorbanan dan beban itu makin bertambah. Ku akui amatlah sukar dengan bidang tugas kerja ku sekarang ini. Ianya melibatkan kekuatan hati, pengorbanan, istiqamah dan banyak lagi. Ku cuba bertahan berlandaskan kefahaman yang berada dalam mindaku ini.

Pembinaan seseorang individu bukanlah suatu kerja yang mudah dan boleh dimain-main. Malah melibatkan keseriusan dan kesungguhan. 
S - "Kenapa nak buat kerja ini? Orang lain tak buat pun?"
J - "I have my own reason. Aku tak ingin jadi orang yang rugi itu dan semoga aku ada jawapan yang boleh diberi kepada Allah di Akhirat kelak. Moga Allah memandang segala usaha aku. iA." Ku akui memang penat, letih, tidak bermaya, dan terbeban. Tetapi, atas dasar iman dan kefahaman, aku rela dan redha dengan sunnatullah. Mungkin inilah yang terbaik untuk diriku sebab Allah kan sebaik-baik Perancang.

Teori itu sangatlah ligat bermain di fikiran ku ini. Akan tetapi bagaimana pula dengan praktikalnya? Terlaksanakah?

Jujur ku akui amatlah sukar kerana terpaksa banyak halangan yang terpaksa ku hadapi. Dari segi pengangkutan, tenaga, duit, dan ragam adik tu sendiri. Semuanya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. 





Akhir kata, kepada semua pembaca doakanlah agar diri ini terus istiqamah dan tsabat dengan jalan yang dipilih. Kerana jalan ini ganjarannya amatlah bernilai yakni SYURGA Allah. =)