Tuesday 12 May 2015

Ciptalah Kenangan Itu


 Al-Baqarah : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Setiap perancangan yang telah kita lakukan semua itu ditentukan Allah. Sama ada perancangan itu baik mahupun buruk, semua itu Allah yang akan tentukan. 

Dalam hidup ini, banyak rahsia dan misteri alam yang belum kita ketahui. Kehadiran kita di dunia ini pun adalah untuk mencari, mengkaji, menyiasat dan membongkarkan segala ilmu Allah yang ada di atas muka bumi ini. Ilmu Allah terlalu luas sehiggakan kita sendiri tidak termampu untuk menguasainya. Hanya orang-orang yang berfikir sahaja yang akan sentiasa berbuat sedemikian.

Dunia Persekolahan
Sepanjang dunia persekolahan, hidup aku penuh dengan kejahilan. Hal ini kerana tumpuan aku hanya pada belajar, belajar dan belajar. Selain belajar adalah kawan-kawan. Jujur aku katakan, setiap tahun aku ada masalah kawan. Aku seorang yang tidak boleh melihat kawanku rapat dengan orag lain. Lantas, perasaan cemburu akan menguasai diri dengan serta-mertanya. Hasilnya, aku akan menjauhkan diri daripada kawanku tersebut dan tidak menegurnya. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang kurang matang dan tidak professional. Sebagai seorang pelajar, ku akui banyak kesilapan yang telah ku buat dan ianya memakan diri sendiri. Nafsu amarah yang menguasai diri dan bukannya akal fikiran. Akhirnya, aku sendiri yang sakit.

Aku juga seorang yang banyak mempersoalkan tentang kehidupan pada diri sendiri. Tetapi, masih tidak dapat jawapannya sehinggalah aku masuk ke IPGKTI. Dari sinilah segala persoalanku terjawab satu persatu sehinggakan aku berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh golongan yang menuju ke arah kebaikan itu. Setiap yang dipersoalkan itu, pasti ada jawapannya.




Hijrah itu suatu pengorbanan.


Usrahmates
Hudhayfian (2013)


Wildanian (2014)


Adik-adik Tersayang







Allah adalah sebaik-baik Perancang. =)

Friday 8 May 2015

Praktikum Fasa 1



PRAKTIKUM FASA 1

SJK(C) FOON YEW 5

"Pengalaman itu tidal dapat dijual beli".
Benarlah kata orang, pengalaman itu tidak dapat dijual beli. Tetapi pengalaman itu perlu dirasai dan dialami sendiri. Pengalaman Praktikum fasa 1 telah banyak mengajarku tentang dunia mengajar sebenarnya. Bukan mudah ingin menjadi seorang guru. Hal ini kerana banyak perkara yang perlu kita fikir dalam usaha untuk menyampaikan ilmu dan pada masa yang sama ingin membina anak bangsa.
 
 
 Aisha, pasangan praktikumku.

 Tanpa dia, tak sampai sekolah laa citer dia.

Aisha seorang yang mudah memahami aku. 
Walaupun diriku ini banyak kelemahan dan kekurangan dia masih bisa bersabar dengan kerenahku ini. Jikalau kami berdua tidak sependapat ataupun bergaduh, cara yang terbaik adalah dengan berdiam diri sahaja. Itulah gayanya bila kami berdua bergaduh. Biarkan ianya berlalu dan kemudian kami berdua akan bersuara semula. Hahaha... Sangatlah mudah. Tidak perlu bercakaran dan bertengkar kerana tempoh bersama adalah lama. Macam mana kita nak hadapi muka yang sama pada setiap hari jikalau kita tidak mempunyai hubungan yang baik dengan seseorang. Jadi, sebelum berbuat sesuatu fikirlah 10 kali kedepan agar kita tidak melakukan kesilapan. Ini demi kebaikan bersama. Dah besarkan, kenalah jadi matang.


Belajar daripada kesilapan.
Ku akui banyak sangat kesilapan yang telah dilakukan sepanjang sebulan ku berada di SJK(C) FOON YEW 5 ini. Ya, manusia memang tidak sempurna. Manusia belajar daripada kesilapan dan melalui kesilapan tersebutlah membentuk kesempurnaan tersebut.
 
Dalam usaha memenangi hati anak muridku, banyaklah cara dan kaedah yang telah digunakan. Aku sentiasa risau jika pengajaran ku tidak seronok. Sudah banyak kali objektif pengajaran tidak tercapai. Dan tidak pernah pun sampai ke penghujungnya dek kerana pengurusan masa yang sangat teruk. Tetapi aku tetap berusaha. Inilah muka-muka anak muridku di hari terakhir praktikumku di sini.

4F The Best !!!
 Muka dan pelajar yang sama.
 
Tidak kira bangsa maupun agama, mereka madu ku juga.

Hari terakhir praktikum bersama 4F.


Kawan Baru
Brian, 18 tahun - Cikgu Ganti

Tersangatlah comel. Di hari terakhir, Brian memberi kami air Tinge perisa lemon. Hahaha... Terharu. Dialah adik kami di sepanjang berada di sekolah ini. Tak tahu, dia banyak membantu kami. Dia juga seorang yang sangat baik hati. Bila jumpa sahaja, dia akan panggil, "Kak Dibah, Kak Aisha"...

Air Tinge pemberian Brian

Akhir kata, semoga praktikum ini memberi inspirasi untuk aku memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan. Malah, menambahkan kefahamanku juga sebagai seorang hamba Allah. Dalam usaha menyampaikan ilmu, kefahaman juga perlu diserapkan. Itulah matlamatnya.

2:30
51:56
47:7
61:4

Salam Pengalaman =)
 




Thursday 7 May 2015

Dunia di IPGKTI


Assalamualaikum.
Moga anda baik-baik hendaknya.

Hari ini ingin aku luahkan dan curahkan buah fikiranku ini mengenai kehidupanku sendiri.

Perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangkakan. 22 tahun telah ku lalui, rasai, alami dan hayati. Kehidupan ini sesuatu yang sukar diterjemahkan melalui kata-kata. 
Akan tetapi hanya kata hati dan akal fikiran sahaja yang dapat menterjemahkannya dan menzahirkannya.

Aku insan yang lahir dengan penuh kasih sayang, sangat kerdil, pemalu, merendah diri, agak pasif, lambat berfikir dan tidak sempurna. Semua itu adalah AKU.

Setiap fasa yang ku lalui dalam hidup ini memberi kesan dan sentuhan yang berbeza-beza. Dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang inilah...Banyak yang telah ku lalui dan semua itu ada perbezaannya.

Dunia apakah yang memberi impak yang besar kepada diriku?

Banyakkkkkkkkkkkkkkk................................
 
Akan tetapi, ada satu dunia yang banyak memberi impak yang lain daripada yang lain kepada diriku sendiri yakni dunia di IPGKTI ...

Buat pengetahuan para pembaca semua,

Dunia di IPGKTI banyak mengajarku erti kehidupan itu sendiri.
Dunia di IPGKTI banyak memberi jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di fikiranku ini.
Dunia di IPGKTI banyak mengenalkan aku kepada insan-insan yang disayangi Allah. 
Dunia di IPGKTI banyak memberiku persekitaran yang baik.
Dunia di IPGKTI banyak menarik aku kepada kebaikan.
Dunia di IPGKTI banyak mengubah aku.
Dunia di IPGKTI banyak memberi kefahaman kepadaku.

Benarlah kata orang, perancangan Allah adalah yang terbaik. 
Kita rancanglah sebaik manapun, akan tetapi pengakhirannya Allah jualah yang akan menentukannya.
Kita tidak suka tetapi itulah yang terbaik buat kita.
Kita suka tetapi itu adalah yang tidak baik buat kita.
Fikirkanlah.

Setiap keputusan yang dibuat itu mestilah ada rasionalnya. 
Adakah ianya akan memberi kebaikan ataupun keburukan kepada kita?


Banyak lagi yang perlu ku tempuhi sepanjang hidup ini. 
Dan tempohnya tidakku ketahui. 
Hanya Yang Maha Esa yang mengetahui segalanya.
Moga aku sempat mengumpul bekalan sebanyak mungkin sebelum aku pulang ke kampung halamanku sendiri.
Dan ku berdoa semoga pengakhirannya adalah yang baik-baik sahaja.

Semoga kita ketemu lagi.

Wednesday 11 February 2015

Masa Itu Makhluk Allah SWT

Assalamualaikum para pembaca semua. 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk mengisi ruangan ini untuk pertama kalinya di tahun 2015. Ya, ku akui tahun ini tahap kesibukannya agak tinggi dan semua itu sudah pun tertulis. Dan kita hanya bermain dengan MASA. 

Menulis tentang MASA ini, banyak buah fikiran yang bermain di mindaku ini. Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun keempat ku berada di IPGKTI. Sungguh cepat dan pantas masa berlalu. Padahal diri ini masih merasakan berada di tahun persediaan dan seolah-olah baru semalam ku mendaftar sebagai pelajar di sini. Apabila berada di tahun yang keempat, kematangan itu mula meresap dalam diri. Mungkin dek kerana peredaran zaman dan MASA yang berlalu pantas. Sebelum ini, daku hanya tahu untuk bermain dan berseronok sahaja. Dan sekarang ini, semua itu sudah pun berlalu. Ku perlu pandang ke hadapan, lihat masa hadapan dan fikir ke hadapan. Banyak perkara yang perlu ku fikirkan. Banyak perkara yang perlu ku lalui. 

Daku perlu jadi seorang wanita yang matang dan kuat.

Kehidupan ini penuh dengan rahsia yang kita sendiri pun tidak tahu.


Ingat 5 perkara ini !!!



 MASA itu makhluk Allah SWT. 

Percaya atau tidak setiap perkara yang kita lakukan itulah berhubungan dengan MASA. 

MASA itu adalah kawan kita.

TIME IS PRECIOUS. SO, WASTE IT WISELY... =)