Saturday 5 November 2011

Perkahwinan...



Assalamualaikum dan salam rindu buat anda semua..

Sejujurnya Diba katakan yang Diba masih dalam proses membuat blog, jadi harap anda semua bersabar. Tajuk kali ini ialah tentang perkahwinan.Mesti anda semua ingin tahukan bagaimana manusia pertama yang diciptakan di dunia ini berkahwin? Siapakah gerangan manusia itu dan siapakah pasangan hidup yang telah dijodohkan dengannya? Di sini Diba sediakan suatu cerita buat tatapan anda semua. Harap anda semua seronok apabila membacanya.


Pernikahan Nabi Adam dan Siti Hawa as terjadi pada hari Jumaat berdasarkan dalil yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Rasulullah saw, baginda bersabda, "Allah Ta'ala menciptakan Adam as pada hari Jumaat, dan menempatkannya di dalam syurga juga pada hari Jumaat dan Dia mengeluarkannya dari dalam syurga pun pada hari Jumaat serta memberi taubat kepadanya turut pada hari Jumaat. Maka tidaklah seseorang hamba Muslim berdoa kepada Allah pada hari itu, melainkan Allah akan mengabulkannya.

Bahawasanya tatkala Adam as diciptakan Allah Taala, beliau terus memandang ke langit dan ke bumi, maka beliau tidak melihat seorang daripada jenisnya untuk dia jadikan teman dalam kesunyian. Sebagaimana dikatakan,'burung terbang bersama jenisnya maka ia oun merasa sunyi dan rindu kepada jenisnya'.

Pada waktu itu beliau sedang duduk, tiba-tiba terasa mengantuk yang amat sangat sehinggakan beliau terus tertidur. Ketika beliau dalam keadaan sedar dan tidak itu, Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengeluarkan tulang rusuk kirinya, sedangkan Adam tidak merasakan sakit sama sekali. Kemudian Allah menciptakan daripada tulang rusuk kiri Adam itu seorang wanita, diberi nama Hawa. 

Semua keindahan dan kecantikan yang ada diletakkan Allah pada diri Hawa sehinggalah hari kiamat. Dan segala kesucian dan budi pekerti juga diletakkan pada Siti Hawa. Sedangkan kerinduan, keasyikan, kecintaan, dan kasih sayang diletakkan Allah dalam hati Adam, sehingga Siti Hawa menjadi seorang wanita yang paling cantik di seluruh langit dan bumi, sedangkan Adam menjadi seorang lelaki pencinta di seluruh langit dan bumi.

Kemudian Allah memakaikan kepada Siti Hawa 70 jenis perhiasan syurga dan diberinya pula sebuah mahkota lalu didudukkan di atas singgahsana emas. Setelah itu Allah membangunkan Adam daripada tidurnya sambil memperlihatkan Siti Hawa kepadanya.

Adam as bertanya, "Siapakah engkau dan kepunyaan siapakah dirimu?"

Siti Hawa menjawab, "Aku diciptakan Allah untuk dirimu."

"Mari ke sini," kata Adam as.

Dijawab Siti Hawa, "Tetapi engkaulah yang ke mari."

Adam lalu berdiri dan pergi menemui Siti Hawa. Sejak itulah menjadi tradisi bagi umat manusia sebagai keturunan Adam, pihak lelaki yang akan mengejar pihak perempuan.

Ketika Adam telah dekat dengan Siti Hawa, beliau menghulurkan tangannya untuk memegang Siti Hawa, tiba-tiba terdengar suatu suara, "Wahai Adam, tahan sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah."

Kemudian Allah Taala memerintahkan kepada seluruh penghuni syurga supaya menghias dan mengatur syurga dengan seindah-indahnya.

Setelah itu Dia memerintahkan kepada semua malaikat di langit agar berkumpul di bawah pohon Thuubaa.

Semua malaikat pun berkumpullah di sana. Lalu Allah membacakan khutbah sendiri, kata-Nya, "Al-Hamdu adalah pujian-Ku, dan keagungan adalah sarung-Ku, dan kesombongan adalah selendang-Ku, seluruh makhluk adalah hamba-hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat-malaikat dan penghuni langit-Ku sebagai saksi, Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku!"

Kemudian pelayan-pelayan syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan mira delima, lalu Siti Hawa diserahkan kepada Adam as. Siti Hawa meminta mas kahwinnya kepada Adam. Maka Adam berkata, "Illahi, apakah yamg harus aku berikan kepadanya? Emas, perak atau permata?"

Allah menjawab, "Bukan!"

Adam kembali bertanya:Apakah aku harus berpuasa, solat atau berzikir kepada-Mu?

 "Bukan."

"Illahi, apakah yang harus dilakukan?"

"Mas kahwinnya ialah engkau perlu berselawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh rasul."

Renungan: Allah Taala berkata kepada Adam as, "Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu."

Dan kepada umat Muhammad Allah mengatakan, "Sollu 'alaihi wa saliim." "Berilah selawat dan salam untuknya!

“Berilah selawat kepada Muhammad agar Aku haramkan neraka bagi kalian, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan syurga untuk kalian."