Friday 30 March 2012

Membaca

Amalkanlah tabiat membaca di mana sahaja anda berada...

Dengan membaca,  kita mendapat banyak informasi...

Kini, terdapat banyak buku yang dihasilkan oleh penulis-penulis yang berbakat. Anda cuma perlu pilih dan baca. Mesti ada banyak perkara yang anda bakal tahu apabila membacanya.






Sekali lagi, amalkanlah tabiat membaca demi kebaikan anda semua.

Perancangan Masa Depan

Assalamualaikum semua....Hal anta/anti bil khair???

Alhamdulillah, pagi ini merupakan hujan rahmat buat semua maka di kala itu, Diba mengambil kesempatan ini untuk berkarya. Ermmmm, tajuk kita pada hari ini ialah perancangan masa depan dari aspek perkahwinan. Mesti anda semua suka tajuk ini....Betul tak????

Adakah anda meletakkan PERKAHWINAN itu suatu KLIMAKS dalam hidup anda????

Anda pasti????

Perkahwinan merupakan sesuatu yang dimpi-impikan oleh setiap manusia. Semua orang ingin membina suatu ikatan dan hubungan yang halal, dalam erti kata lain PERKAHWINAN, atas dasar wujudnya perasaaan CINTA. Lantaran itu, seterusnya dapat membentuk sebuah keluarga dan mengembangkan umat manusia di atas muka bumi ini. Tetapi, sebelum anda mewujudkann hubungan tersebut, saya ingin bertanya "Sudah bersediakah anda?"

Saban hari, saya lihat peratus penceraian semakin meningkat. Apakah punca utamanya?

Haa, inilah jawapannya.  PERSEDIAAN !!! PERSEDIAAN !!! PERSEDIAAN !!!

Sebelum anda berkahwin, sudahkah anda siap sedia untuk  menghadapi 10001 macam ujian, cabaran dan dugaan? Dalam hidup berumah tangga, segala macam perkara boleh berlaku tanpa sebarang jangkaan. Kerana itulah ILMU mesti dituntut sebelum kita berumah tangga. Apabila kita menuntut ilmu, tandanya kita benar-benar ingin memberikan komitmen yang penuh dalam hidup berumah tangga. Malangnya, ramai pasangan yang berkahwin pada hari ini atas dasar CINTA semata-mata dan langsung tidak memikirkan tentang persediaan sebelum memasuki alam rumah tangga. Saya akui perasaaan cinta itu sangat perlu kerana cinta diiibaratkan baja yang dapat menyuburkan lagi kehidupan berumah tangga. Malah, cinta jualah yang menguatkan ikatan sesuatu pasangan itu. Tetapi, cinta itu perlu diikuti sekali dengan ilmu. Kedua-duanya mestilah seimbang. Jangan biarkan perasaan cinta itu menguasai diri kita sehingga tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Apabila kita berilmu, sekurang-kurangnya kita ada panduan dalam membuat sesuatu keputusan. Contohnya, kita ingin menjadikan seseorang lelaki yang kita cintai itu suami kita. Tetapi dia tidak ada kerjaya yang tetap. Pernahkah anda terfikir, " Bolehkah dia menanggung dan menampung kita nanti apabila sudah berumah tangga? Takkan kerana kita terlalu mencintai lelaki itu, kita terus membuat keputusan untuk berkahwin. Bagaimana nanti masa depan kita dengan lelaki tersebut? Adakah kekal ataupun separuh jalan sahaja? Berfikirkah anda semua ini? 

Sebelum kita membuat keputusan, berfikir dahulu semasak-masaknya. Jangan asyik fikirkan yang manis sahaja tetapi yang pahit tidak berifkir. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin agar kita dapat bersedia sepenuhnya. Alam perkahwinan ini mempunyai  banyak rahsia disebaliknya. Jadi, bersiap sedialah kita semua untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


Sekali lagi saya katakan, sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga, fikirlah dahulu sebaik-baiknya. Perkahwinan bukannya perkara yang kita boleh main-main. Kita kena fikir jua masa depan kita dengan bakal suami kita. Adakah perkahwinan kita dapat dikekalkan hingga keakhirnya? Semua berada di tangan kita. 

# Ini semua adalah luahan hati saya sebagai seorang perempuan. #

Hasil nukilan : Adibah Farina

Sunday 25 March 2012

Sesaat Renungan Bersama...

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sudah lama Diba tidak berkarya. Alasan??? Hehe 

SIBUK....mengalahkan Perdana Menteri pulak. Ataupun sebab MALAS???

Diba ingin mengajak anda semua berfikir buat seketika. Sedarkah anda, umat Islam pada hari ini sedang mengalami dan melalui zaman-zaman kejatuhan. Mengapa saya berkata sebegitu? Hal ini kerana banyak masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam. Antaranya ialah masalah sosial semakin berleluasa. Saban hari saya tengok berita di televisyen, saya menjadi semakin sedih dan kecewa. Mengapa? Pelakunya adalah umat Islam sendiri, malah yang paling menyedihkan pelakunya itu terdiri daripada golongan REMAJA. Betapa hancur dan luluhnya hati ini sehinggakan saya berasa tidak mahu tengok berita lagi. Bila tengok sahaja, mesti tentang masalah sosial seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, hubungan sejenis, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pertukaran agama dan banyak lagi. Tetapi saya kuatkan semangat untuk terus tengok berita agar tidak ketinggalan dalam mengikuti isu semasa. 

Apakah faktor utama yang menyumbang kepada semua masalah ini???

Sudah dapatkah anda semua JAWAPAN nya???

Jawapannya ialah :

PEGANGAN AKIDAH !!! PEGANGAN AKIDAH !!! PEGANGAN AKIDAH !!!

Itulah jawapan kepada semua masalah ini. Keperibadian seseorang umat Islam itu terbentuk berpandukan pegangan akidahnya. Akidah merupakan tunjang utama dan tulang belakang dalam membentuk keperibadian akhlak seseorang. Apabila seseorang individu itu berpegang teguh kepada akidahnya, insyaAllah peribadi dan kelakuannya dapat dijaga. 

Walau apa-apa pun, kita dapat lihat semua ini bemula dari rumah. Pembentukan seseorang individu ditentukan oleh ibu bapanya. Bagaimana mereka ingin kita jadi, begitulah yang perlu mereka bentuk. Jikalau inginkan anak yang soleh dan solehah, ibu bapa akan memberikan bimbingan dan pendidikan agama yang secukupnya buat anak-anak. Bak kata pepatah, anak-anak itu diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang  mencorakkan mereka sama ada mereka menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Jikalau ibu bapa tidak bermula daripada awal, agak sukar untuk membentuk peribadi anak-anak mereka. Malah, semakin susah untuk merealisasikan sifat dan ciri-ciri anak yang mereka impikan selama ini. Pepatah Melayu ada mengatakan "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya."

Selain itu, persekitaran juga memainkan peranan penting dalam pembentukan akidah seseorang individu. Hidup kita sentiasa dikellilingi oleh para manusia. Dan kewujudan manusia inilah yang mendorong kita untuk bersosial antara satu sama lain. Istilah SOSIAL di sini membawa maksud pergaulan sesama manusia yang berlandaskan syariat Islam dan bukannya bergaul tanpa adanya batasan. Setiap perkara yang berlaku mesti ada batasannya, malah kita juga disuruh untuk sentiasa bersederhana.

Golongan manusia yang perlu didampingi ialah :
1.Rakan-rakan yang baik akhlaknya
2.Para alim ulama'
3.Masyarakat yang sentiasa mengamalkan syariat Islam dalam hidup

Apabila kita sentiasa berdampingan dengan mereka, secara tidak langsung keperibadian kita terbentuk. Malah pegangan akidah kita dapat dipertingkatkan lagi dek kerana pengaruh yang mereka sebarkan dan jua akhlak yang mereka tunjukkan. Jadi, senantiasalah kita semua berdampingan dengan golongan-golongan yang baik akhlaknya. Bukan untuk ibu bapa tetapi untuk keuntungan untuk diri sendiri.

Islam mengajar segala bentuk kebaikan kepada umatnya. Di dalam Al-Quran dan hadis telah terkandung segala macam perkara untuk kita rujuk. Malah peraturan-peraturan untuk kita ikuti turut terkandung dalam Al-Quran. Jadi, marilah kita sama-sama membuka, membaca, memahami, menghayati dan mengkaji Al-Quran dan As-Sunnah demi timbangan dan bekalan kita di akhirat nanti. Sebagai umat Islam, jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan untuk kita hidup lebih bertamadun dan berlandaskan syariat Islam.

Akhir kata, "MARILAH SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN MASALAH UMAT ISLAM PADA HARI INI DEMI KEBAIKAN BERSAMA."

Hasil nukilan : Adibah Farina