Monday 21 May 2012

Berazamkah Anda ???

Salam kepada semua...

Topik kali ini berkisar tentang azam. Sebelum itu saya ingin bertanya, "Berazamkah anda?"...

Setiap orang mempunyai azam yang tersendiri. Begitu juga dengan Diba. Diba juga mempunyai azam yang ingin dikecapi tetapi masih di dalam proses.

Keazaman perlu ada pada diri setiap individu. Mengapa??? Hal ini kerana melalui azamlah, kita dapat menjadi apa yang ingin kita jadi. 

Cuba anda bayangkan, andai kata kita tiada langsung azam :

Siapakah kita pada masa hadapan?
Apa kejayaan yang telah kita kecapi?
Bagaimana keadaan kita pada masa hadapan?

Azam merupakan suatu lonjakan buat kita untuk mengecapi apa yang kita inginkan. Tetapi, ingatlah bahawa azam perlu diikuti sekali dengan tindakan dan juga usaha. Tanpa kedua-dua itu, segala yang kita inginkan tidak akan tercapai. Apabila kita mempunyai azam, secara tidak langsung kita boleh nampak haluan kita pada masa hadapan. Malah kita boleh meneka sama ada kita akan berjaya ataupun tidak. Siapa kita pada masa akan datang adalah kita pada hari ini. Maksud Diba adalah semuanya bermula daripada sekarang. Titik permulaan itu bermula daripada sekarang. Jikalau kita hanya berazam tanpa adanya tindakan dan usaha, kita sudah boleh meneka siapa kita pada masa akan datang.

Hidup ini hanya sekali. Jadi, jangan sesekali kita mensia-siakan peluang yang kita ada. Rebutlah setiap peluang yang ada di depan mata agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Isilah kehidupan kita dengan setiap perkara yang bermanfaat dan jangan sesekali tinggalkan ruang yang kosong. Penuhilah ruang itu dengan warna-warni agar sedap mata memandang.

Akhir kata :

"ANJAKKAN PARADIGMA ANDA"



Ikhlas daripada : Adibah Farina

No comments:

Post a Comment