Thursday, 13 October 2011

Keinsafan Buat Semua...

Assalamualaikum...

Sepanjang anda hidup di dunia ini, berapa kalikah anda berasa insaf atas kesalahan yang telah anda lakukan? Sekali, dua kali, setiap masa ataupun tidak pernah sekali pun? Mengapa saya mengupas topik ini? Hal ini kerana ramai di antara kita yang melakukan kesilapan hanya insaf sekejap sahaja. Selepas itu, kesalahan tersebut diulang kembali.Tidak serikkah anda semua melakukan kesalahan?

Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Kita juga tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi bukankah kita semua boleh meminimumkan kesalahan tersebut???

Orang yang betul-betul ingin berubah, pasti akan berjaya. Kata orang "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Kemudian, orang yang gagal adalah orang yang banyak memberikan alasan. Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.....

1 comment: