Wednesday 19 October 2011

Seksaan Orang yang Melewatkan Solat....

Assalamualaikum...

Pada beberapa tahun dahulu, ada seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al-Ma'ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat Zuhur. Sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat. Subhanallah...Keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ(8 km jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar...Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengebumikan jenazah wanita itu(yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba ular hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah...(seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas-keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam itu sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah-matahkan tulang jenazah itu. Subhanallah...Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewktu hayat wanita itu suka melewat-lewatkan solatnya.

Jadi, marilah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada kejadian ini. Semoga Allah swt menguatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis, InsyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat. Bagaimana jikalau tidak solat langsung???

1 comment: